I love you.

Aku rasa
I love you bermaksud.

Jangan pergi
Jangan tinggalkan aku disini.
Mintak apa saja. Lakukan apa saja.
Aku memilih untuk bersama kamu saat ini.
Aku benar-benar tidak memikirkan diri sendiri.
Tolong terima aku seadanya. Tolong ubah aku dan
Tolong balas pesanan ringkas ku yang tak putus putus.
Tolong jangan suka orang lain. Tolong jangan jatuh cinta dengan orang lain.
Tolong jangan bernafsu dengan orang lain. Aku obses dengan mu. 
Aku diam diam memujamu. Kamu pegangan hidupku. Kamu aturan ku.
Kamu paksi hari hari ku. 
Kamu sembilan puluh persen dari alam sedarku.
Hati aku sebagai cagaran. Badan ku ku rela kau apa apa.
Pandanglah aku. Senyumlah padaku. Ciumlah aku.
Peluklah aku. Cintailah aku kerana aku mencintaimu.
Tetaplah di sini. Tetaplah di sini.
Jangan pergi.